Posts

PENJELASAN BAGI RAWATAN DI LUAR NEGERI BAGI PENGIRING

 PENJELASAN BAGI RAWATAN DI LUAR NEGERI BAGI PENGIRING Assalamualaikum wbt .,   Tuan/puan     2.             Perintah Am 3, Perintah-perintah Am Bab F ( Perubatan ) Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai Perkhidmatan Awam dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka . Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain , maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Perintah-perintah Am Bab B ( Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan ) Tahun 1974 seolah-olah dia atau keluarganya ke luar stesen atas urusan rasmi .   3.             Perintah Am 1 (iii), Perintah-perintah Am Bab F ( Perubatan ) Tahun 1974 menetapkan tafsiran ‘ keluarga pegawai ’ ialah bagi pegawai lelaki , isteri dan anak-anaknya ;

TUNTUTAN PERJALANAN BULAN OGOS 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa server HRMIS dalam Aktiviti Penelenggaraan. Oleh itu, Tuntutan Perjalanan bulan Ogos 2020 boleh dibuat dengan mengisi borang secara manual. Tetapi sekiranya tuan / puan boleh membuat Tuntutan Perjalanan itu dalam HRMIS maka tidak perlu membuat secara manual. Borang boleh diperolehi di Unit Kewangan PSU Manual hanya dibenarkan jika tidak dapat exsess dalam HRMIS 😊